23 March 2008


(i)
Mereka lakukan semua atas nama cinta. Mungkin tidak sampai hajat, walau setelah menempuh berjenis pertelingkahan dan debat. Masing-masing mahu tegakkan keinginan dan anjurkan bangga.

Tetapi mereka sendiri tidak tahu apa yang dia rasa, apa yang dia mahu. Dalam kesibukan perang politik, media, empati dan manusia kesayangannya.

(ii)
Kadangkala kita tidak tahu hari ini akan membawa kita ke mana. Siang, selepas membuka mata dari lena, kita sudah ada rutin yang menggerakkan mobiliti kita - bertujuan, bertempat, ikut masa. Namun, sekerap mana, objektif hidup disemak oleh minda dalam sehari? Mungkin sekali dua, ketika mandi atau sebelum ke tempat kerja, ataupun ketika masuk tidur. Jadi, selain masa itu, apa yang kita ingat, apa yang ingin dilaku, di mana segala tumpu?. Bayangan samar kan.

Dan bila sesekali aku terasa dan berendam saat kelam ini, aku sentiasa beringat. Dalam kesamaran ini pasti ada nur, didampingi gembira dan membongkah senyum tawa.

Mungkin dalam kesamaran itu, ada bahagianya.

2 whisper(s):

Hilmi Ramlan said...

weh! mana ko dapat the swirls...?!

! Izri Salinas ! said...

Benar apa yang disingkapkan itu.. (cantik gambar kat atas)