06 March 2008

(i)
Kau tahu, bila kita terlalu mahu melakukan terlalu banyak perkara dalam suatu masa, mahu mencapai terlalu banyak impian dalam usaha yang bersela, ada banyak perkara yang secara tidak sengaja boleh diterabaikan. Perkara-perkara sampingan yang nilai pentingnya berat, yang sebelum ini selalu diambilkira.

(ii)
Menulis secara general mampu memberi dua reaksi ekstrem berbeza. Satu, mereka yang membaca diberi ruang tafsiran yang luas dan tidak tersekat. Terbuka untuk mengambil butir tulisan dan dimasukkan ke dalam acuan atau konteks fikiran mereka. Mungkin intipati yang diutara lebih mudah untuk dikaitkan dengan pelbagai keadaan. Dua, mereka yang membaca tidak tahu langsung simbolika dan kesinambungan baris-baris ayat. Clueless. Mati akal? Jika ayat pertama gagal dibaca, apatah lagi memahami maksud sebenar ayat-ayat seterusnya. Minat untuk membaca mati.

Jadi siapa yang rugi?

1 whisper(s):

Hilmi Ramlan said...

saya dengan hati yang ikhlas merasakan bahawa, tiada orang yg rugi. namun jikalau kita dapat menulis..dan membacanya semula dan tersenyum, kita akan mendapat manfaatnya.

persoalannya ialah, apakah yg akan/telah kita lakukan dengan hasil pemikiran dan tulisan itu..?

kita selalu fikir tentang.. konteks dan isi kandungan sesuatu barisan ayat itu. namun, kita tidak pernah memikirkan apakah akibat TULISAN / IDEA itu?

benar apa tidak ? :)



p.s: wehhhhh asyik aku je yg kkomen................ :'''''(