19 March 2008

(i) Beritahu aku. Dunia berputar mengelilingimu atau kamu yang berputar mengikuti dunia itu. Pilih. Pilih satu.

(ii) Encik Lah, bukan menteri-menteri itu saja yang harus isytihar harta kekayaan mereka. Keluarga serta saudara mara mereka juga. Bukankah itu cabang kronisme yang rakyat tidak suka? Hanya orang yang bodoh saja yang akan simpan kekayaan (hasilan kedudukan, status dan kuasa) mereka di dalam keluarga untuk dengan sukarela diisytiharkan kepada semua mata.

(iii) Aduh! Siapa yang meminggirkan nasib orang Melayu? Orang cina yang kaya raya dan rajin-rajin itu? Atau orang Melayu itu sendiri yang gagal meraih peluang, berkorban dan segan dengan kekayaan? Walau dengan ketiadaan bantuan pun, ramai orang Cina berjaya, kenapa tidak orang melayu yang selalu disalurkan dengan pelbagai habuan? Apa? Orang Melayu bangsat yang di atas makan semua hidangan??

(iv) Apa yang kamu lakukan untuk memudahkan kehidupan mereka yang susah hari ini?

1 whisper(s):

Anonymous said...

ni post feveret aku stakat ni kot yie