Pulau Angsa, Selat Melaka. November 2006. Di atas jari kaki, menjinjing tari. Seronok dapat mempersenda masa dan menampi kreativiti. Tiada siapa boleh kritik.
Dan sebagaimana hidup ini dilihat terlalu optimis, yang ladangnya untuk kita raih amalan sebanyak mungkin, membaja ketaatan seboleh-boleh, yang jangka-hayatnya dipinjamkan sementara;dan yang sebenarnya hidup itu terbit membawa sentak-sentak realiti yang menduga, (*) pada masa-masa pra-matang, atau mungkin pasca-detik alpa, yang inginkan pengajaran, ia melemahkan jiwa dan menghancurkan rasa.
Dan, kita ini siapa?
(*) = untuk mereka yang mahu fikir dan teliti dengan mindanya
0 whisper(s):
Post a Comment