20 July 2007


"Macam mana kalau aku ambil keputusan untuk tidak mengikut apa yang mereka mahu? Adakah hukumannya berat? Aku akan dihukum, itu sudah tentu.

Kadangkala hati ini tidak terima apa yang disua. Minda ini tidak tangkap apa yang dihadap. Adakah aku terlalu cepat bosan dengan rutin dan keterbiasaan?

Teringin sekali aku rasai jika aku tidak berada di sini kerana tidak mengambil keputusan ini. Teringin sekali aku lihat dari aras pandanganku yang atas, bagaimana mereka mempersoal dan mengata tindakanku. Bagaimana mereka akan menilai diriku.

Sesungguh-sungguh manapun aku berhajat mahu bermula semula di petak mula, aku tahu ia cuma angan-angan yang mustahil untuk aku ketemu. Peluang diberi cuma sekali.

Hargai kelainan dan raikan perbezaan. Pendek sangat kekata itu. Kerana ianya cuma laku di kalangan komuniti minor aku. Yang lain, mereka ingat ianya kelainan ini mudah dan penuh nikmat sesat. Kalau mereka yang buat tidak apa. Kalau mereka yang terlibat, boleh tutup mata, kerana ianya masih atas landasan biasa.
Apa yang mereka tahu dan apa yang mereka banggakan sangat pun aku tidak tahu. Tak faham.

Entahlah. Yang pasti nanti, mereka akan menjatuhkan hukum ke atas apa yang aku tahu dan apa yang aku mahu. Itu, itu sudah tentu."

0 whisper(s):