24 April 2008

Basikal oh Basikal
Seoul

Manusia jadi defensif bila mereka rasa kedudukan mereka tergugat. Terancam. Boleh juga mereka bertindak sedemikian bila mereka merasakan diri mereka bersalah atau mungkin dipersalahkan. Meskipun, belum tentu lagi mereka sebenarnya bersalah.

Manusia jadi defensif kerana mereka mahu orang mendengar alasan mereka. Atau mahu orang menyetujui apa yang mereka rasa, buat dan fikir, selalunya. Mereka bina pagar kebal untuk senang menyangkal.

Namun begitu, jika difikirkan lagi, manusia yang laju dan konfiden meluahkan pendapat dan menegaskan pendirian, sebenarnya juga seunsur defensif. Menyerang tanggapan orang sekeliling untuk menidakkan tanggapan luar yang mungkin membuat kesimpulan liar terhadap diri mereka. Mereka tegar dan tegas, walau jauh dalam diri mereka tercabar dan peribadi berdebar.

1 whisper(s):

Hilmi Ramlan said...

basikal2.. mana ko dah bawak ayie ni.. hahahah :P