22 September 2007


photoshop edited

Kamu adalah lelaki yang melihat segalanya hitam; dan dia adalah perempuan yang melihat segalanya putih. Seperti itulah adanya dia, dan kamu, yang—entah kenapa, selalu berada di dua pihak berbeza. Tetapi ternyata putih tak kuasa untuk tidak jatuh cinta pada hitam...

Hanya agar dia dan kamu boleh bersama, tidaklah adil bagi dia untuk berubah hitam; sama tidak adilnya bagimu untuk berubah putih. Adilkah jika kamu berdua menjadi abu-abu? Kerana abu-abu hanya memerlukan sedikit hitam pada putih, dan sedikit putih pada hitam.

Kamu adalah percikan cat hitam di atas kanvas putihnya yang tak bernoda. Tetapi ajaibnya, dengan komposisi tepat walau tak disengaja, percikan cat hitam itu membentuk sebuah pola yang indah meskipun abstrak. Meskipun hanya dia dan kamu yang tahu makna di balik percikan-percikan itu.

[your chaotic life is like a stain over my spotless canvas...]

Kerana dia tanpa kamu, hanyalah sebuah kanvas putih yang menunggu untuk tersapu kuas. Sementara kamu, tanpa dia, hanyalah setitis cat hitam yang tersisa dari aksi vandalisme yang dilakukan secara diam-diam. Tetapi, berdua, kamu dan dia—kanvas dan cat hitam ini; menjelma sebuah karya seni yang bernilai tinggi.

Kerana kamu berdua memberikan makna untuk satu sama lain.

-------------------

aku fikir cinta adalah ketika hitam boleh tetap menjadi hitam, dan putihboleh bisa tetap menjadi putih, dan hitam dan putih berfikir bahawa tak ada yang salah dengan tetap menjadi hitam dan tetap menjadi putih.


[why do people see this world merely in black and white,
while other colors are there to beautify life itself?]


0 whisper(s):