13 September 2007

They r so cute


1 Ramadhan

Yang buat aku terkilan tahun lepas adalah kegagalan aku untuk menyedari Ramadhan beransur pergi dengan perlahan. Sibuk dengan kerja, aku jadi leka. Atau aku sibuk dengan perkara lain waktu itu? Hmm. Aku lupa.

Tapi yang jelas dan yang aku ingat, bila Syawal menjelang aku seakan rindu Ramadhan yang telah pulang ke dalam kitarnya. Adakah itu tanda aku telah rugi dalam masa?

Tahun ini aku berpuasa seorang, raya pun seorang. Maksudnya tanpa yang istimewa. Dan aku jangka ia akan berterusan lama. Kerana aku telah penat.

Mungkin Ramadhan ini, aku akan temui mutiara yang aku rindui tahun lepas. Aku perlu bergegas untuk menuntut rahmat pemberian Dia yang di atas.

p/s: aku ucapkan kalian juga.

0 whisper(s):